BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 26 September 2011

BILA YANG MUDA DATANG

BILA YANG MUDA DATANG,
LELAKI YANG MALAS JADI RAJIN,
LELAKI YANG BERAT TULANG JADI RINGAN,
LELAKI YANG TAK BERAPA KUAT JADI HULK


                                                   saya tegaskan disini,ini bukan junior kami


GILA kot junior perempuan gile cun doe!!!Mantap kot cikaro baru!!Come molep junior tino kito!!Comel ngguh la budok baru!!Awat lawa sangat!!dan akhir sekali YESSS!!akhirnya ada gak pompuan cun kt hostel ni.hahahaha-siyes,aku  tak terasa pun cuma terasa pedas sikit sebab ayam masak merah terlebih chilli powder. ;P

welcome abroad junior!!Kami kakak senior InsyaAllah taknak akan cuba membantu


p/s:Di mana bumi dipijak,disitu perintah Allah dijunjung. :)


Sunday 15 May 2011

AKU RAJIN SEBENARNYA

Sirius Black!Aku rajin sebenarnya.Kenapa aku berkata begitu?Mengapa?Why?Pachimu?Sebaik saja pihak bertanggungjawab post jadual final untuk sem ini kat facebook.Aku terus buka dan baca.Lepas tu terus cari soalan spot contoh soalan untuk semua subjek.Semua kenalan aku interview.

"Korang ada soalan spot contoh soalan tak?"

"Senior ada tak pass tips ke takpun slide baik punya??"


"Professor mana agaknya jaga group aku?Strict tak?"


"Tau tak topik yang femes?"

See??See?Aku gila rajin.Mujur tak masuk Tanjung Rambutan je.Cuma rajin macam mana pun aku tapi otak tak boleh nak interpret,pa kejadah aku baca?(Nota tak menarik).Rajin macam mana aku tapi kalau aku asyik tersengguk depan buku,buat apa?(Letih sangat la.lagipun,sekarang ni siang lagi panjang).Rajin macam mana aku tapi still kat muka surat sama,apa yang aku baca sebenarnya?(Ni kes aku tersengguk la tu)Dan yang penting,kalau rajin macasm mana aku tapi still depan laptop dengan jari jemari laju menaip bukan nak search pasal jantung,medical terminologi,wuchereria brancrofti,element s-block & the gang,tu apa ke hal?(Er..kena balas la fb,e-mail dll.tak nak la kena cop sombong la,hidung tinggi,tak sedar diri)


*Tiba-tiba terjumpa ayat ini

Pelajar RAJIN mencari jalan,
Pelajar malas mencari ALASAN

Aku pula tiba-tiba rasa kaku.Oh,okay..

Tuesday 10 May 2011

HADIR KULIAH & TUTORIAL BUAT DOMPET AKU "SLIM"

Bangun pagi tadi,bilik dah cerah.S**t!!!Terlepas subuh!Aku tengok jam.Pukul 5.45 pagi.Sakitnya hati subuh semakin cepat.Kena qadha.Aku tak suka la qadha-qadha ni.ECECECE..Malas rasa nak pergi kelas gen chem manghadap muka Chukarov.Selalu Tak pernah lagi aku rasa cam ni.Betul aku tak tipu,aku sangat tak suka belajar.SUKA SANGAT-SANGAT.Ni mesti sebab subuh aku gajah tadi.bapak gajah pulak tu.

***********************************

Rutin biasa bila melangkah keluar dari hostel.Lari.Kejar bas.Tercungap-cungap.Keluarkan smart card untuk student a.k.a metro pass.Itu dulu.Sekarang part metro pass tu aku skip.Aku tak suka la berjimat guna harga pelajar ni.Hobi aku memang menghabiskan duit.Suka gila tengok akaun aku tinggal sikit je amaun dalam tu.Rasa gembira,nak melompat,nak menari tarian Hindustan dan menjerit sebab kena bayar setiap kali naik bas dan metro.Damn!!Aku benci orang yang curi phone case aku.

                                                                      gambar hiasan

Tau tak dah beratus ringgit duit aku habis untuk bayar tambang bas dan metro?Tau tak berapa kali aku naik bas untuk sehari?Berapa kali aku keluar masuk metro sehari?Banyak weyhhh...Universiti aku bukan all in one.Blok kimia kat kawasan lain,blok anatomi dan histologi di daerah lain,blok biologi kat kawasan lain,blok fizika kultura a.k.a p.e di daerah lain.Just imagine,i got gen chem and pe for today.Dari hostel ke metro kena naik bas.Keluar metro,naik bas lagi.Habis kelas nak pergi fizika kultura,naik bas lagi.Naik metro,kemudian naik bas(sebab nak pergi papa's beard),naik metro dan naik bas lagi.Rileks la,tambang bas kot..murah je..Waklu!!!

KOS PERGI & BALIK:

tambang bas : 28 rubel(RM2.80 more or less) x 4 = 112 rubel
tambang metro:26 rubel x 3 = 78 rubel
kos sehari:190 rubel
kos untuk seminggu:190 rubel x 6 = 1140 rubel (RM114 more or less)

Aku ulang itu hanya untuk seminggu pergi dan balik untuk belajar.Itu tak kira kalau hari aku ada usrah,nak pergi beli barang dapur dan pergi majlis atau rumah kawan.Sekali lagi aku benci orang yang curi phone case aku yang mengandungi smart card aku.


“Therefore remember Me, I will remember you, and be thankful to Me, and do not be ungrateful to Me.” [Surah Al Baqarah 2:152]

Astaghfirullah..Get a grip!!!Dah dapat belajar ni sepatutnya dah bersyukur.Bodoh!This is what you want.You choose the path.Allah dah bagi apa yang aku nak.Aku sepatutnya bersyukur gila.Just merely because of this tiny obstacle,i complained and forgot who is realy incharge.So stupid of me!!Think positive la.

"Mungkin Allah nak tegur suruh kau jaga barang elok-elok"( :) )

"Kau nak dapat rezeki lagi best kot"(:D)

"It is a sign that you gonna have a new phone"(the best!!)

"Mana tau masa kau tak de duit nak bayar tambang bas,ada mamat handsome tolong bayarkan"(ok,yang ni aku suka)

See??Banyak hikmahnya sebenarnya.Kalau ada rezeki,mungkin yang hikmah ke-4 yang kawan aku bagitahu tu akan terjadi kat aku.HAHAHAHAHAHAHA


*************************************

Aku tetap benci orang yang mencuri phone case aku yang juga mengandungi phone aku dan duit.